
KELANA AGRESIF AUTOMART ( M ) SDN . BHD
SERVICE KEPALA BATAS
About
PENGENALAN ORGANISASI
KELANA AGRESIF AUTOMART (M) SDN BHD telah diperbadankan pada 21 ogos 2002 adalah sebuah syarikat 100% hak milik bumiputera sepenuhnya.
Syarikat ini telah dilantik oleh Perodua Sales Sdn Bhd sebagai wakil sah Pusat Service dan Alat Ganti (Authorized Perodua Service and Parts Centre) dan telah mula beroperasi pada 15 April 2003 yang bertempat di No. 1527 Jalan Dato’ Hj Ahmad Badawi,13200 Kepala Batas ,SPU,Pulau Pinang dan telah berpindah ke Smart Auto Kepala Batas pada Julai 2011 sehingga sekarang.
Selain daripada itu, syarikat ini juga adalah sebagai Konsultan Latihan Kemahiran Teknikal kepada belia-belia Felda di Pusat Latihan Terolak,Sungai,Perak sejak 1999 hingga 2005.
Pada tanggal 26 March 2013 syarikat ini telah mendapat kelulusan daripada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) melantik sebagai “PIAM Approved Repaires Scheme” (PARS) dan pada 3 June 2013 syarikat ini juga telah dilantik oleh Perodua Sales Sdn Bhd sebagai wakil sah untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan,ketuk-mengetuk dan mengecat badan semua kenderaan keluaran Perodua yang terlibat dalam kemalangan.Syarikat ini juga telah dilantik oleh perodua untuk mewakili mereka dan 13 syarikat Insurans bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan tersebut.
LATAR BELAKANG PENUBUHAN
Pada asalnya Syarikat beroperasi di Premis di 1527, Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Kemudian Pusat Servis telah berpindah ke Bangunan SMART AUTO pada 2011 dan Body and Paint (B & P) kekal di sana.
Syarikat mempunyai dua puluh (20) orang kakitangan (staff) di Pusat Servis dan lima (5) orang lagi kakitangan (staff) berkerja di bahagian Body and Paint yang kini telah beroperasi selama enam (6) bulan. 90% kakitangan terdiri daripada lepasan GIAT MARA.
Body and Paint Insurance Claim (membaiki kereta kemalangan) beroperasi sepenuhnya pada Januari 2013. Lima (5) orang kakitangan yang ditempatkan di sana bekerja sepenuh masa dan menjalankan kerja-kerja pembaikan di bengkel.
Sebagai panel kepada Perodua dan juga panel kepada enam belas (16) buah Syarikat Insuran yang terdapat di Malaysia.
Bengkel ini hanya membaiki kenderaan Perodua sahaja (Exclusive for Perodua Vehicle Only) dan Syarikat Insuran Perodua hanya membenarkan menggunakan alat ganti tulin yang dibekalkan oleh Perodua yang beribu pejabat di Rawang sahaja.
Hitung panjang (average) kemasukkan kereta ke Perodua Body and Paint (B & P) adalah dua puluh (20) buah kereta sebulan. Berbagai-bagai jenis kerosakkan dan berbagai-bagai jenis alat ganti yang diperlukan.
Pihak Perodua Rawang hanya memberi kemudahan kredit untuk pembelian alat ganti selama tiga puluh (30) hari sahaja. Manakala selebihnya hendaklah dibeli secara tunai (Purchase by cash) sekiranya melebihi daripada tiga puluh (30) hari.
Syarikat Insuran pula mengambil masa selama Sembilan Puluh (90) hari hingga Seratus Dua Puluh (120) hari untuk melunaskan tuntutan (claim) yang dibuat oleh Syarikat ini.


.jpg)
CAPT(R) MUHD ZAINI
MANAGING DIRECTOR

MOHD NAZRI
SERVICE MANAGER
.jpg)
MUHAMMAD ZAINUDDIN
SERVICE MANAGER
%20(2).jpg)
Tess Anderson
Art Director

Olivia Walker
Editor in Chief

Dan Mitchell
Assistant Manager
.jpg)
Noah Patterson
Programming Editor
%20(2).jpg)
Tess Anderson
Art Director

Olivia Walker
Editor in Chief

Dan Mitchell
Assistant Manager
.jpg)
Noah Patterson
Programming Editor
%20(2).jpg)
Tess Anderson
Art Director